SEKUMPULAN aktivis haiwan berjaya menyelamatkan sebiji telur spesis burung kakak tua yang jarang ditemui apabila telur itu yang sudah pecah disambung dengan menggunakan gam dan pita pelekat.
Pada mulanya pada aktivi menemui sebiji telur burung kakak tua spesis Kakapo di dalam sarang ibunya yang diberi nama Lisa.
Mereka kemudiannya bertindak bersama-sama mencantumkan kembali cangkerang telur itu menggunakan gam dan banyak pita pelekat.
Telur itu akhirnya menetas dan ia menjadikan anak burung itu sebagai spesis Kakapo pertama berjaya lahir dalam tempoh tiga tahun – kejayaan telur itu diselamatkan selepas pecah adalah satu kejadian yang dianggap oleh aktivis haiwan sebagai ajaib.
Seorang anggota Renjer Jo Ledington berjaya mencantumkan semula kulit telur itu selepas mendapati membrannya masih lagi tidak terjejas.
Anak burung berkenaan kini diberi nama Lisa One buat sementara waktu sehingga jantinanya ditentukan, kini diletakkan dalam inkubator dan menerima perhatian 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.
Seorang kakitangan di Pusat Perlindungan Kakapo di Pulau Codfish, New Zealand, Deidre Vercoe Scott kesabaran pakar haiwan mencuba untuk menyelamatkan telur itu benar-benar berbaloi.
Kakapo yang juga dikenali sebagai Kakak Tua Burung Hantu, adalah sejenis burung yang tidak boleh terbang dan ia merupakan spesis yang berasal dari New Zealand.
Ia diklasifikasikan sebagai spesis burung yang terancam sejak sekitar tahun 50-an.
Kelahiran Lisa One membawakan populasi burung Kakapo di seluruh dunia kepada 125 ekor sahaja.
Empat biji lagi telur yang turut ditemui pada sarang Lisa kini sedang disimpan di dalam inkubator dan dijangka untuk menetas pada hujung bulan ini.
No comments:
Post a Comment