Perkuburan Kereta Klasik Zaman Perang Dunia Kedua – Pemandangan luar
biasa di hutan daerah Bastnas, sebuah bandar perlombongan di Selatan
Sweden. Di tempat ini anda boleh melihat sebuah ‘perkuburan’ 1000 kereta
klasik dari tahun 1950.
Tempat ini didirikan dua bersaudara Sweden untuk menyimpan kereta
yang ditinggalkan para askar semasa Perang Dunia Kedua. Mereka kemudian
meninggalkan tapak ini pada 1990-an.
Kereta-kereta klasik yang telah berkarat itu berasal dari jenama
ternama seperti Opel, Ford, Volvo, Buick, Audi, Saab dan Sunbeam. Model
kereta yang ada di sana boleh dikatakan mewah di era tersebut.
Di tempat ini anda juga boleh melihat pokok-pokok yang tumbuh di
sekitar badan kereta dan lumut meliputi kerusi dan roda pemandu.
Kenderaan-kenderaan vintage dianggarkan bernilai dari 100,000 pound
sterling.
“Di sana amat sepi. Ada perasaan aneh ketika anda berada di sana,
seolah-olah anda berada di hujung dunia,” kata jurugambar Svein Nordrum
(54) yang telah berkelana ke hutan itu.
“Hutan ini sangat tebal. Anda hanya dapat melihat beberapa kereta
pada satu masa, selebihnya menghilang ke dalam hutan,” tambahnya.
Beberapa orang di Sweden dikatakan ingin menghapuskan kereta-kereta
ini. Namun, para pencinta alam sekitar tetap mempertahankannya.
No comments:
Post a Comment