Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Hari ni nak sembang-sembang pasal
perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari
sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway
sekali-sekala tak salahkan?!
Just nak sedarkan dari terlambat dan
sebenarnya niche blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin
ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya
adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur.
Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah
sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin
maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk
Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan
ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!
Dari apa yang kita boleh lihat struktur
ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan
kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil
Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima
tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan
Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.
Pihak Saudi memberi alasan bangunan
binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida’ah/syirik
kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat
perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang
kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.
Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah
hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida’ah. Kubur
tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina
Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga
akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.
Walaupun atas nama pemodenan dan
pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket
khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para
sahabat!
Persoalan ini membawa kepada soalan
seterusnya, iaitu, “Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk
arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih
dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah
Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud”
PERSOALAN DEMI PERSOALAN
Kesemua projek naik taraf dan
pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan
Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi.
Beliau juga digelar “Penjaga Dua Masjid Utama”.
Keyword disini ialah PENJAGA dan
bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud
konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara
kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan
Mekah dan Madinah?
Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik
dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan
orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah
sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!
Kemudian semua projek pembinaan
diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum
bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau
atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan
sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin
memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?
Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani
menegur monopoli 2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka
sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan
keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di
Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka
juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.
Contoh pengkomersilan melampau ialah
Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak
bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula
rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari
memandang Kaabah.
Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa
tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah.
Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak
ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi
dimusnahkan kerana “bida’ah” dan di atas tapak yang diratakan itu pu
dibina cawangan makanan ‘HARAM’ Starbucks, Marks and Spencer, Raflles
Hotel dan McDonalds.
Antara kesan yang nyata akibat
permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah
menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya
sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk
memenuhi rukun Islam ke 5.
Ramai golongan tua yang baru pulang
umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika
menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang
melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan
bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah.
Salah siapa kalau bukan
kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud
keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani
bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik
kah ini?!
Last but not least mungkin lebih baik
jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana
penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one
person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan
Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam
lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila sebarang
rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.
Semoga Allah membantu kita semua dan
Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman
atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing
di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi
(atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka).
Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.
*Bagi yang tidak keberatan untuk kongsi
pengetahuan ini bersama orang lain, sila SHARE post ini. Semoga ia
menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini
dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
No comments:
Post a Comment